Monday, August 10, 2009

Balada Sekuntum Puspa

Baru-baru ini, telah kuterima panggilan telefon daripada sahabat di Kedah yang menyatakan hasrat mengambil puisiku Balada Sekuntum Puspa yang dilagukannya untuk menyertai sayembara mencipta lagu puisi. Aku terima sahaja . Syukur kepada Allah SWT . Manalah tahu, jika diizinkan Allah SWT, lagu dapat masuk akhir macam tahun lalu bila puisiku Merindu Alam masuk peringkat. Kita hanya berusaha. Terima kasih Ed Lazim.

Wednesday, August 5, 2009

ANDA MENCARI AIR ZA'FARAN?

Bagi anda yang tinggal di sekitar Tanjong Malim, Slim River, Bidor, Tapah, Selisik, Hulu Bernam dan ingin membeli Air Za'Faran, ia boleh dibeli di Mini Mart Kolej Harun Aminurrashid atau hubungi no 019-2662143 .

Wednesday, June 3, 2009

WANGIKAN HIDUP ANDA

ONE DROP PERFUMES
by Egyptian Potion
Minyak wangi Egyptian Potion atau kini lebih dikenali sebagai One Drop Perfumes semakin laris di pasaran yang semakin mendapat tempat bagi mereka yang mementingkan ketrampilan diri yang lengkap.Rekaan terbaru produk One Drop Perfumes dari Egyptian Potion ini mengandungi 8 jenis bauan yang berbeza dan diletakkan didalam kotak khas. Setiap pek ini diinspirasikan oleh pereka minyak wangi antarabangsa disamping tiada campuran daripada bahan alkohol di dalamnya. Setiap pek ini mengandungi 2.75ml di dalam botol kecil yang mudah dibawa yang mana sahaja dan ianya berharga RM 40.00 setiap pek.Dengan reka bentuk produk yang terkini, pakej minyak wangi ini mengandungi 8 botol yang didatangkan khas dengan jenis wangian yang berbeza yang mana setiap botol tersebut mengandungi 2.75 ml.

"Hanya Setitik,Wangi Sepanjang Hari"


Women Set
1 1. Inspired by Escape - Calvin Klein 2. Inspired by Romance - Ralph Lauren3. Inspired by Pleasure - Estee Lauder4. Inspired by Still - Jennifer Lopez5. Inspired by For Her - Narciso Rodrigues 6. Inspired by Baby Doll - Yves Saint Lauren7. Inspired by Cool Water for Women - Davidoff 8. Inspired by Apple Blossom - Body Shop

Women Set 2
1. Inspired by Tresor - Lancome 2. Inspired by Envy - Gucci3. Inspired by Heaven - One Drop Perfume4. Inspired by Eternity for Women - Calvin Klein5. Inspired by Gloria - Cacharel6. Inspired by Miracle - Lancome7. Inspired by J'adore Dior8. Inspired by Intense - Hugo Boss
Women Set 3
1. Inspired by CK Be - Calvin Klein2. Inspired by Be Delicious - DKNY3. Inspired by Light Blue - Dolce & Gabbana4. Inspired by Vanilla Musk - Coty5. Inspired by Sunflower - Elizabeth Arden6. Inspired by Women Boss - Hugo Boss7. Inspired by Palace - Paris Hilton8. Inspired by Poeme - Lancome


Women Set 4
1. Inspired by Coco Mademoiselle - Chanel2. Inspired by Aqua di Gio For Women - Giorgio Armani3. Inspired by Lolita Lempicka - Lolita Lempicka4. Inspired by Baby Jasz - One Drop Perfume5. Inspired by Gold - Amouage6. Inspired by Montana - "Parfum de Peau" Montana7. Inspired by Yohji - Yohji Yamamoto8. Inspired by Amarige - Givenchy

Men Set 1
1. Inspired by Black - Bvlgari2. Inspired by Blue Jeans - Versace3. Inspired by CK One - Calvin Klein4. Inspired by Eternity - Calvin Klein5. Inspired by Polo Sport - Ralph Lauren6. Inspired by Acqua di Gio - Giorgio Armani7. Inspired by Issey Miyaki - Issey Miyaki8. Inspired by Hugo Men - Hugo Boss
Men Set 2
1. Inspired byBoss Signature - Hugo Boss2. Inspired by Echo - Davidoff3. Inspired by Tuscany per Uomo - Aramis4. Inspired by Cool Water - Davidoff5. Inspired by Drakkar Noir - Guy Laroche6. Inspired by Allure Pour Homme - Chanel7. Inspired by Le Male - J.P.Gaultier8. Inspired by Pleasure for Men - Estee Lauder

Celebs' Special for Women-RM45 (NEW)
1. Inspired by M, Mariah Carey2. Inspired by Lovely, Sarah Jessica Parker3. Inspired by Curious, Britney Spears4. Inspired by Kate, Kate Moss5. Inspired by Show Time, Kylie Minogue6. Inspired by Paris Hilton, Paris Hilton7. Inspired by Black Pearl, Elizabeth Taylor8. Inspired by Glow, Jennifer Lopez

Celebs' Special for Men-RM45(NEW)
1. Inspired by Instinct, David Beckham2. Inspired by Unforgivable, Sean John3. Inspired by True Star, Enrique Inglesias4. Inspired by Jordan, Michael Jordan5. Inspired by Adventure, Ewan McGregor6. Inspired by Life, Andre Agassi7. Inspired by Blue Seduction, Antonio Banderas8. Inspired by He, Usher
Hadiah Hari Jadi
Hadiah Untuk Yang Teristimewa
Hadiah Hari Ibu
Hadiah Hari Bapa
Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan
Sekotak hanya RM40/RM45 =1 set (Smnjg)
Sekotak hanya RM45/RM50 =1 set (Sbh/Srwk)
Sebotol hanya RM5
Hubungi :
019-2792143/019-2662143
(Sekitar Tanjong Malim -tiada kos pos)

KUMPULAN PUISI `DANAU DI DADAKU'

Anda boleh mendapatkan kumpulan puisi karya penulis Ihsan Noorzali ini dengan harga RM8.00 sahaja termasuk belanja pos. Kumpulan puisi ini memuatkan 50 puisi terpilih yang tersiar di pelbagai media. Maklumat lanjut hubungi penulisnya di talian 019-2792143. Sementara stok masih ada dan bertanda tangan penulisnya.

PROFIL PENULIS
Ihsan Noorzali atau nama penanya, Ghazali Din dilahirkan pada 23 Disember 1963 di sebuah kampung nelayan iaitu Kampung Tengah, Kuala Kedah , kira-kira 12 km dari Bandaraya Alor Setar. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seberang Nyonya, Kuala Kedah dan menengah di Sekolah Menengah Keat Hwa, Kolej Bakti serta Sekolah Menengah Tunku Abdul Malek,Alor Merah . Tahun 1985 , mengikuti Kursus Percetakan Offset di Institut Latihan Perindustrian, Kuala Lumpur dan menjadi wartawan sambilan akhbar Berita Harian pada tahun 1986. Pada tahun 1987 mula berkhidmat dengan Kastam Diraja Malaysia sehingga Mac 2005. Ketika itu melanjutkan pelajaran di UPM hingga memperolehi Bacelor Komunikasi (Korporat) di UPM pada tahun 2003 . Pada 16 Mac 2005, mula berkhidmat sebagai Pegawai Penerbitan di Unit Perhubungan Awam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Jun 2005 menjadi felo di Kolej Harun Aminurrashid sehingga kini. Dalam aktiviti sastera, menjadi ahli Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) sejak 1984. Menulis puisi, berita dan rencana sastera & semasa sejak tahun 1986. Pernah memenangi Hadiah Pertama Sayembara Mencipta Puisi Darulaman (1989, " Budi Bumi Tercinta"), Hadiah Pertama Peraduan Mengarang (Kategori Puisi) anjuran JHEAIK ( 1994,1995, 1997, 1998, 2000), Hadiah Penulis Berpotensi ASASI 1994/1995, Hadiah Utama Hadiah Sastera Utusan -Pubvlic Bank 1996 ( puisi " Memancung Insani"), Hadiah Utama Hadiah Sastera Utusan - Exxon Mobill 2004 (puisi " Ceritera Dari Rumah Kegelapan") . Lebih 200 puisi tersiar akhbar, majalah dan kira-kira 20 antologi puisi bersama. Kumpulan puisi perseorangan ialah "Danau Di Dadaku" (2006, inisiatif sendiri), "Merindu Alam"(2008,DBP) dan Insya Allah, awal 2010 nantikan kumpulan puisi perseorangan yang baru. Beberapa puisi dijadikan lagu seperti "Merindu Alam" ( lagu ciptaan AMAR- Final Sayembara Mencipta Lagu Puisi DBP-RTM 2008), "Balada Sekuntum Puspa" ( lagu ciptaan dan nyanyian Ed Lazim), "Terima Kasih Bonda" ( lagu ciptaan Raja Azuan Nahar Raja Adnan, pensyarah Fakulti Seni dan Muzik, UPSI)), "Sekuntum Kembang Untukmu Guru" ( lagu ciptaan Azam Dungun, pensyarah Fakulti Seni dan Muzik , UPSI-dinyanyikan untuk pertama kalinya oleh pelajar FSM UPSI , Jarrito Shafel pada sambutan Hari Guru UPSI 2009 ) , "Istana Kasih" ( lagu ciptaan AMAR nyanyian kumpulan nasyid Destiny dalam album terbaru Ogos 2009). Tahun 2004, danugerahi Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh KDYMM Sultan Kedah. Di UPSI , selain menjadi penasihat kumpulan nasyid Destiny , turut membimbing mahasiswa dalam penulisan diskriptif dan kreatif. Kini penulis sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana (Penulisan Kreatif ) di UPSI.

MERINDU ALAM


Anda yang ingin memiliki kumpulan puisi karya Ihsan Noorzali ini boleh mendapatkannya di kedai buku DBP KL atau di setiap negeri. Ikuti ulasan tentang Merindu Alam.


Tajuk : Merindui Alam

Penulis : Ihsan Noorzali


Pengulas : Ani Hamzan


Amat jelas yang menjadi sasaran penulis dalam buku kumpulan puisi terbaharunya, Merindui Alam adalah "keindahan". laitu keindahan "perkataan”, keindahan "kisah" dan keindahan "mesej" yang sememangnya amat dititik beratkan dalam erti "keindahan" sebuah karya sastera.
Beliau menjauhi pemilihan kata-kata yang klise, sebaliknya setiap kata yang dipilihnya telah disaring dengan teliti bagi memberikan makna yang mendalam dan berkesan, malah setiap kata pilihannya kaya dengan unsur perlambangan. laitu perlambangan yang mampu memesrai pembaca dengan fitrah kehidupan dan kejadian melalui unsur alam yang disulami dengan kebesaran Allah sebagai pemilik alam ini.
Dalam sajak "Merindui Alam" yang menjadi judul buku kumpulan puisi ini, mempunyai "keindahan mesej", yang menilai tentang makna kebesaran Allah. Pengarang menyimpulkan dalam sajaknya bahawa, "Tuhanku, segala di jumantara-Mu/siang dan malam/tersirat makna. Pengarang menggunakan perlambangan "bulan" dan "matahari". Pengarang men­catatkan, "Aku rindu padamu bulan/dengan cahaya balik tabirmu/mengundang kecantikan/ kurindu jua padamu matahari/meski wajah kemarahanmu/ membakar hidupku/hingga kukehilangan arah/per­jalanan mencari syahdu.
Begitu juga dalam sajak "Percakapan" yang mempunyai "keindahan mesej" di sebalik "keindahan perkataan" yang disaring oleh penulis. Pengarang memberikan pesanan dalam percakapan, "usah meletakkan istana/atau menara tinggi atas bibirmu hingga hilang daya menghitung/kemelut di atas ­bumi kerana/menara itu nanti menghempapmu jua Sebaliknya, pengarang menasihatkan melalui bait sajaknya ini, "Binalah pondok sederhana atas/bibirmu agar sering basah/mengucapkan apa-apa kerana/ semuanya seperti pondok itu.
Melalui sajak juga, seorang penyair juga dapat mengabadikan "keindahan kisah" yang dilaluinya, Umpamanya dalam sajak "Seorang Isteri dan Segelas Susu" yang merakamkan kisah kebahagiaan hidup dalam rumah tangga yang isteri menjadi penyerinya isteri yang menyerahkan kesetiaan dan kepatuhan kepada suami tercintanya. Sajak ini ditulis berdasarkan kisah yang diceritakan oleh teman tentang keistimewaan isterinya. Hingga penyair merumuskan "sesungguhnya/isterinya itu menghadiahkan/warna indah syahdu/kepada yang bernama/pelukis masa depan/dirinya.
Demikianlah bagaimana unsur "keindahan" sastera menjadi tunjang kepada 124 buah sajak Ihsan Noorzali atau nama sebenarnya Ghazali Din yang berasal darl Kampung Tengah, Kuala Kedah. Beliau yang pernah bertugas sebagai Pembantu Penguasa Kastam di Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada tahun 1981 hingga 2005, kini bertugas sebagai Pegawai Penerbitan, di Unit Perhubungan Awam di Universiti Pendidikan Sultan Idris, (UPSI). Kumpulan puisi Ihsan Noorzali ini benar-benar memaparkan kematangan dalam gaya persembahan penulisan sajak yang diceburinya sejak tahun 1980-an hingga kini.

Sumber : Dewan Sastera November 2008