Wednesday, June 3, 2009

KUMPULAN PUISI `DANAU DI DADAKU'

Anda boleh mendapatkan kumpulan puisi karya penulis Ihsan Noorzali ini dengan harga RM8.00 sahaja termasuk belanja pos. Kumpulan puisi ini memuatkan 50 puisi terpilih yang tersiar di pelbagai media. Maklumat lanjut hubungi penulisnya di talian 019-2792143. Sementara stok masih ada dan bertanda tangan penulisnya.

PROFIL PENULIS
Ihsan Noorzali atau nama penanya, Ghazali Din dilahirkan pada 23 Disember 1963 di sebuah kampung nelayan iaitu Kampung Tengah, Kuala Kedah , kira-kira 12 km dari Bandaraya Alor Setar. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seberang Nyonya, Kuala Kedah dan menengah di Sekolah Menengah Keat Hwa, Kolej Bakti serta Sekolah Menengah Tunku Abdul Malek,Alor Merah . Tahun 1985 , mengikuti Kursus Percetakan Offset di Institut Latihan Perindustrian, Kuala Lumpur dan menjadi wartawan sambilan akhbar Berita Harian pada tahun 1986. Pada tahun 1987 mula berkhidmat dengan Kastam Diraja Malaysia sehingga Mac 2005. Ketika itu melanjutkan pelajaran di UPM hingga memperolehi Bacelor Komunikasi (Korporat) di UPM pada tahun 2003 . Pada 16 Mac 2005, mula berkhidmat sebagai Pegawai Penerbitan di Unit Perhubungan Awam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Jun 2005 menjadi felo di Kolej Harun Aminurrashid sehingga kini. Dalam aktiviti sastera, menjadi ahli Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) sejak 1984. Menulis puisi, berita dan rencana sastera & semasa sejak tahun 1986. Pernah memenangi Hadiah Pertama Sayembara Mencipta Puisi Darulaman (1989, " Budi Bumi Tercinta"), Hadiah Pertama Peraduan Mengarang (Kategori Puisi) anjuran JHEAIK ( 1994,1995, 1997, 1998, 2000), Hadiah Penulis Berpotensi ASASI 1994/1995, Hadiah Utama Hadiah Sastera Utusan -Pubvlic Bank 1996 ( puisi " Memancung Insani"), Hadiah Utama Hadiah Sastera Utusan - Exxon Mobill 2004 (puisi " Ceritera Dari Rumah Kegelapan") . Lebih 200 puisi tersiar akhbar, majalah dan kira-kira 20 antologi puisi bersama. Kumpulan puisi perseorangan ialah "Danau Di Dadaku" (2006, inisiatif sendiri), "Merindu Alam"(2008,DBP) dan Insya Allah, awal 2010 nantikan kumpulan puisi perseorangan yang baru. Beberapa puisi dijadikan lagu seperti "Merindu Alam" ( lagu ciptaan AMAR- Final Sayembara Mencipta Lagu Puisi DBP-RTM 2008), "Balada Sekuntum Puspa" ( lagu ciptaan dan nyanyian Ed Lazim), "Terima Kasih Bonda" ( lagu ciptaan Raja Azuan Nahar Raja Adnan, pensyarah Fakulti Seni dan Muzik, UPSI)), "Sekuntum Kembang Untukmu Guru" ( lagu ciptaan Azam Dungun, pensyarah Fakulti Seni dan Muzik , UPSI-dinyanyikan untuk pertama kalinya oleh pelajar FSM UPSI , Jarrito Shafel pada sambutan Hari Guru UPSI 2009 ) , "Istana Kasih" ( lagu ciptaan AMAR nyanyian kumpulan nasyid Destiny dalam album terbaru Ogos 2009). Tahun 2004, danugerahi Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh KDYMM Sultan Kedah. Di UPSI , selain menjadi penasihat kumpulan nasyid Destiny , turut membimbing mahasiswa dalam penulisan diskriptif dan kreatif. Kini penulis sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana (Penulisan Kreatif ) di UPSI.

No comments:

Post a Comment